Sunday, 27 November 2016

Sijil Penghargaan


Dalam penghasilan sijil yang saya telah buat, saya telah mengunakan perisian pemprosesan perkataan iaitu perisian aplikasi yang sangat popular dan banyak digunakan dalam pekerjaan masa kini. ia melibatkan penggunaan komputer dalam menyediakan dan mengemaskini dikumen seperti surat, memo, laporan, kertas kerja, brosur dan dokumen-dokumen lain. oleh itu dalam penghasilan sijil saya ini, saya mengunakan beberapa format dokumen yang sangat membantu saya dalam menghasilkan sijil saya. Dan kita boleh melihat hasil sijil yang saya buat dengan mengklik butang Open di bawah;

Open

Langkah yang pertama untuk membuat sijil adalah dengan membuka Microsoft Word. Selepas microsoft word dibuka, perkara yang hendak ditaip pada sijil haruslah ditaip sehingga siap. Seterusnya, langkah untuk memasukkan nama penerima yang berbeza. Langkahnya ialah klik pada Mailing> Start Mail Merge> Step by Step Mail Merge Wizard. Fitur mel cantum akan dipaparkan di sebelah kanan. Langkah seterusnya memerlukan anda mengikuti langkah demi langkah dengan betul iaitu pada Select document type, pilih latters dan klik Next: Starting Document. Seterusnya, klik pada Use current document kerana anda menggunakan document yang sedia ada dan seterusnya klik pada Next: Select recipients. Jika senarai telah ada, anda hanya perlu memasukkannya dan klik Next: Write your latterdan surat anda akan keluar dengan nama penerima. Seterusnya klik Next: Preview your latters untuk memaparkan nama penerima. Setelah selesai klik Next: Complete the merge.

No comments:

Post a Comment